SINOPSIS HANTU BUKIT CINA
Begitupun, Pak Tam bukanlah seorang dukun yang mengubat pesakit dengan cara serius seperti bomoh dan pawang lain. Pak Tam berimej seperti orang biasa dan apabila ada yang terkena sampuk, Pak Tam akan memberi air jampinya sambil menggunakan cara psikologi untuk mententeramkan pesakit. Setiap pesakitnya didapati terkena sampuk hantu Bukit Cina, lantas Pak Tam menasihati pesakitnya dan orang kampung agar tidak pergi ke bukit itu. Pada masa sama, sebuah kolej seni dari Kuala Lumpur mengadakan rombongan sambil belajar ke Kelantan untuk menyaksikan satu persembahan seni tari. Sandra, Luna dan Josephine atau Jo ketinggalan bas rombongan kerana mereka terlewat bangun.
Ketika itu, guru vokal mereka, Zach mahu ke Sungai Kelantan dengan kawan baiknya Ken untuk memancing. Kenderaan dipandu Ken tiba-tiba rosak. Mereka terpaksa berkhemah di situ sementara menunggu mekanik datang membaiki keesokannya. Pada malam itu, ada gangguan di perkhemahan mereka. Jo tidak selesa dengan sikap aneh Ken lalu mengesyaki semua angkara itu adalah perbuatan Ken, sedangkan mereka tidak tahu sedang berada di Bukit Cina.
Kategori: Filem Tahun: 2013 Tonton ►coming soon Download ▼ coming soon |
No comments:
Post a Comment